Newsflash:
  • Kempen Kurangkan Gula 'Satu sudu dah cukup, kurang lebih baik' ... (Read More)
  • Ahli astronomi menjumpai beberapa planet seperti bumi ... (Read More)
  • Laptop keluaran Acer model Aspire 3810T-942G50 kali ini cuba menonjolkan sebuah peranti multimedia yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga lapan jam. Ciri inilah yang menjadi fokus iklan-iklan mod... (Read More)
  • ABI’s Up Coming Event - 02 November 2010 - Tuesday, 03 November 2010 - Thursday, 04 November 2010 BioMalaysia 2010 ... (Read More)
     
Abi up coming event PDF Print
Written by Administrator   
Thursday, 30 August 2007
ABI’s Up Coming Event - 02 November 2010 - Tuesday, 03 November 2010 - Thursday, 04 November 2010 BioMalaysia 2010

BAGI mereka yang tahu, apabila disebut jenama Diamond Aura, ia pastinya membayangkan produk yang meyakinkan pengguna.

Diamond Aura sebenarnya adalah ekstrak minyak serai bersama campuran minyak aromaterapi serta pati bunga yang dirumus semula dengan daya magnetik.

Ia merupakan formula ESQ dan Bio-energy yang memberi tindak balas terhadap aura dan sifat dalaman seseorang untuk penyembuhan penyakit fizikal ,mental, emosi dan spiritual (roh) seseorang.

Menurut Pengarah Syarikat DVN Technology Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab terhadap produk ini, Mahathir Muhamad, Diamond Aura istimewa kerana diadun menggunakan kombinasi gelombang rendah dan sederhana untuk mengawal jiwa dan emosi.

Menurut beliau, ia mampu membuang sifat negatif atau rintangan hidup untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dan mengundang keceriaan.

"Apabila tenaga negatif berjaya dineutralkan maka tenaga positif akan mudah datang kepada kita untuk meningkatkan sistem imun, antibodi dan sistem hormon,'' katanya kepada Mega baru-baru ini.

Menurut beliau, ramuan minyaknya dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian menerusi sistem neuro (saraf) ke otak. Ia menjadi pengimbang semulajadi untuk spiritual, emosional, mental dan fizikal individu.

Katanya beliau, kesucian produk terjamin untuk kegunaan harian pada semua tahap usia kerna ia tidak mempunyai unsur kimia. Ia merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ melalui aliran tenaga penyembuh semula jadi

Katanya, Diamond Aura telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak awal tahun lalu dengan pengeluaran dan pemprosesan produk di Ampang, Selangor.

"Kami menjangka produk ini akan dapat dihasilkan secara lebih konsisten dan efisien pada masa hadapan setelah kilang pemprosesan yang lebih canggih dibangunkan nanti,'' ujarnya.

Beliau yakin dapat membangunkan produk tersebut kerana ketika ini hanya syarikatnya yang beroperasi menghasilkan produk itu serta memiliki ladang serai sendiri untuk mendapatkan sumber bahan mentah secara berterusan.

Mahathir menjelaskan, sasaran utama produk tersebut ialah ialah bakal-bakal pengantin, individu yang bermasalah dan mengalami stres di tempat kerja, pelajar yang tidak fokus pada pelajaran serta, ibu bapa yang mempunyai masalah anak-anak g degil dan terlalu aktif serta bayi yang kerap menangis.

Katanya, ia juga disasarkan kepada mereka yang ingin menghilangkan rasa penat, murung, susah tidur malam ,kurang keyakinan, individu yang ingin menghadiri temuduga , membekalkan lebih tenaga kepada individu serta menjauhkan terkena gangguan tenaga luar dan halusinasi

Selain itu, ia amat sesuai digunakan untuk pengusaha spa yang inginkan kelainan dari segi bau dan khasiat.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga, disarankan agar kerap menggunakan mandian daripada produk ini kerana ia juga salah satu cara yang boleh membantu pasangan mengharmonikan kembali rumahtangga mereka.

aura positif

Mereka yang selalu letih, tidak bersemangat serta malas belajar sesuai menggunakan produk ini sebagai mandian harian untuk mengembalikan tenaga aura positif dalam diri

Bagaimanapun katanya, adalah penting bagi menggunakan secara rutin bagi meningkatkan kepekaan sistem deria dan psikologi untuk mengatasi masalah.

Mengenai kaedah memasarkan produk tersebut, Mahathir berkata, strategi pemasaran syarikat ialah menyediakan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen di seluruh negara

Syarikatnya, kata beliau turut memberi hadiah istimewa kepada ejen yang aktif dan mendapat jualan tertinggi. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersama para ejen kami nanti.

"Produk ini juga InsyaAllah akan dipasarkan ke farmasi seluruh negara sedikit masa lagi,'' kata beliau.

Syarikat terbabit kini mencari ejen-ejen di seluruh negara yang berminat untuk turut bersama menjadi ahli perniagaan. Mereka yang berminat boleh menghubungi 019-520 3707 atau 019-216 1022 dan laman web www.diamondaura.biz.com.

Last Updated ( Tuesday, 09 March 2010 )
 
Next >

Announcement

Prayer Time

Current Visitors

We have 13 guests online

Links

     
     

Copyright © 2008 - 2010 AGRO-BIOTECHNOLOGY INSTITUTE, MALAYSIA. All rights reserved.
Visitor since 20 July 2009
web page counter